
Wednesday, October 21, 2009
...SAHABAT SEJATI...
Friday, September 18, 2009
Tuesday, August 25, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 13


Friday, August 21, 2009
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.....
Wednesday, August 19, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 12
memilih tempat yang terceruk itu,namun Allysya tidak peduli,hatinya tiba-tiba rasa tidak keruan.Memang cantik cafe tersebut siap ada ruang karaoke lagi.Ketika Allysya dan Syaza nak sampai ke meja Hanim terdengar seoprang pemuda nyanyikan lagu kehebatan cinta.Allysya tersenyum kerana Qalif pernah nyanyikan lagu ini padanya.Allysya dan Syaza ternampak seorang gadis di sebuah meja,keseorangan.Allysya pasti,itu adalah Hanim.Orangnya agak cantik tetapi seksi.Alysya terus memberi salam pada Hanim."Assalammualaikum,ini cik Hanimkah?""Waalaikumsalam.Ini cik Allysya kan,silalah duduk."Kenalkan ini kawan saya,Syaz."Sambil bersalaman dengan Hanim,Allysya tiba-tiba merasakan yang dia pernah jumpa gadis ini,tetapi di mana?Baru Allysya teringat,iya,gadis ini yang dia nampak bersama Qalif tempuhari.Suara Hanim menegurnya membuatkan Allysya berhenti mengelamun."Cik Allysya nak minum apa?Orderlah."Allysya dan Syaza terus memesan minuman.Allysya terus memulakan bicara."Boleh saya tahu,kenapa cik Hanim nak jumpa saya?"Iya,pertama sekali,saya nak minta maaf,sekiranya apa yang bakal saya cakap nanti akan lukakan hati Cik Allysya."Allysya sedikit terkejut tapi dia cuba tabahkan hati untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Hanim.Allysya juga perasan yang wajah Syaza turut berubah bila mendengar apa yang dicakapkan oleh Hanim."Tak apa Hanim,cakaplah."Allysya,mungkin apa yang saya cakapkan ini buat awak terkejut tetapi ini adalah hakikatnya dan saya nak awak tahu.Saya nak awak putuskan hubungan dengan Qalif,batalkan pertunangan awak.Saya merayu demi anak dalam kandungan saya.Saya hamilkan anak Qalif."Allysya amat terkejut,terasa badannya amat lemah,tangannya menggigil,seolah-olah satu tubuhnya di hempap satu batu yang amat berat.Telinganya pula amat sakit seolah kata-kata Hanim tadi umpama petir yang menusuk namun dia tabahkan hati dan meninggikan sedikit suaranya pada Hanim."Kenapa dengan awak ni?Apa hak awak cakap begini.Saya adalah cinta pertama Qalif.Awak penipu,awak nakkan dia,awak tak dapat,ini cara awak untuk tipu saya dan
aniaya Qalif.Perempuan apa awak ni?"Sabar Allysya,saya tidak tipu,ini anak saya dan Qalif.Kami terlanjur semasa sama-sama pergi promosikan produk kecantikan di Perak tempuhari.Maafkan kami,ini ada gambar kami berdua."Allysya menatap gambar yang diberikan oleh Hanim bersama Syaza.Airmata Allysya mengalir tak dapat di sekat lagi.Kepalanya terasa berat....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...Monday, August 17, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 11

ada dalam simpanannya.Allysya terus menjawabnya."Assalammualaikum,boleh saya tahu siapa di sana?"Allysya terdengar suara seorang gadis di hujung talian."Waalaikumsalam,ini Allysya ker?""Iya,saya.Ini siapa?""Saya Hanim,kawan sepejabat Qalif.kalau tak ada apa,saya nak jumpa Cik Allysya sekejap.Ada hal mustahak nak saya cakapkan.""Ohhhh,boleh,tapi saya sibuk sikit hari ni.Lagipun besok majlis pertunangan saya.""Tapi saya perlu juga jumpa Cik Allysya,sekejap pun tak apalah kerana hal ini mustahak sangat.""Baiklah,tapi di mana?""Malam ini jam 8,di restoran Jai Cafe.K,assalammualaikum.""Waalaikumsalam."Allysya memutuskan talian.Entah kenapa tiba-tiba Allysya rasa tidak sedap hati.Hal apakah yang penting sangat.Namun dia tetap cuba gembirakan hati dia dan pujuk hatinya dengan benda yang baik.Mungkin Qalif ada buat kejutan padanya.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...Friday, August 14, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 10

Wednesday, August 12, 2009
JODOH.....


Tuesday, August 11, 2009
KELEMBUTAN,KEDAMAIAN,KETENANGAN....

ALLYSYA DAN QALIF 9

um namun di kelopak matanya ada takungan air mata yang akan gugur tetapi cepat-cepat dia menyekatnya.Ibunya turut gembira kerana tahu Allysya akan menemui kebahagiaan daripada Qalif,namun di sudut hatinya dia turut berasa sedih kerana dia tahu tidak lama lagi anak gadis kesayangannya akan menjadi milik orang lain dan berjauhan dengannya.Apapun ibunya bersyukur kerana Allysya akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Qalif.Lelaki yang pada pandangannya sangat baik dan tidak pernah ada perangai buruk yang ditunjukkan dan di ketahui oleh dia dan suaminya tentang bakal suami anaknya itu.Bapa Allysya turut gembira dan menyuruh Allysya memberitahu Qalif untuk masuk meminangnya.Allysya tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih pada bapa dan ibunya sambil memeluk mereka berdua......ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....Friday, August 07, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 8

Thursday, August 06, 2009
ALLYSYA DAN QALIF 7

Saturday, August 01, 2009
SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 6

Tuesday, July 28, 2009
SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 5
SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 4

CINTA!!!CINTA!!!CINTA!!!

''Perkataan cinta itu,kadangkala membuat kita tercari-cari apa itu cinta,adakah betul ini semua.....
CINTA,CINTA,CINTA...
Dari sahabat mampu bertukar jadi cinta...
Dari adik angkat,abang angkat mampu jadi cinta...
Dari adik angkat,kakak angkat mampu jadi cinta...
Dari suara mampu jatuh cinta..
Dari pandangan mampu jatuh cinta...
Dari sms mampu jatuh cinta....
Dari budi mampu jatuh cinta...
Dari keluarga mampu temukan cinta...
Dari kebetulan juga mampu timbulkan bibit-bibit cinta...
CINTA..
Menuntut keikhlasan...
Menuntut kesetiaan...
Menuntut kasih sayang...
Menuntut kepercayaan...
Menuntut untuk kita saling percaya...
CINTA...
Mampu membuat diri kita jadi kuat dan berani...
Mampu membuat kita bangga...
Mampu menjadikan yang tak elok nampak elok...
Mampu membuat kita sanggup buat apa saja...
Mampu buat kita rasa dihargai...
Mampu buat kita rasa cepat saja nak kahwin,,ish,ish,ish...
Mampu buat kita berkata hanya dia di hati dan satu-satunya
yang kita cintai...
CINTA...
Kadangkala memakan diri...
Kadangkala terluka jiwa dan hati...
Kadangkala buat kita gila...
Kadangkala terlupa pada kedua orang tua dan ibu bapa...
Kadangkala kita terlanjur kerana ingin buktikan kata kita cinta,,ish..
Kadangkala membuat kita serik untuk mengenali lelaki...
APAPUN...JANGANLAH KITA TERLALU LALAI KERANA CINTA,JODOH KITA ALLAH S.W.T YANG TENTUKAN..NAMUN SEDALAM MANA PUN CINTA KITA PADA SESEORANG,JANGAN ABAIKAN CINTA KITA PADA YANG MAHA ESA...
Monday, July 27, 2009
SAMBUNGAN QALIF DAN ALLYSYA 3


Tuesday, July 21, 2009
SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 2

Monday, July 20, 2009
LOVE

Saturday, July 18, 2009
SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 1
Hari ini merupakan hari minggu,oleh kerana tidak bekerja,selepas solat subuh,Allysya terus keluar berjoging dengan teman baiknya Syaza.Dalam sedar tidak sedar hampir 45 minit dah berlalu mereka berjoging.Allysya dan Syaza berhenti berehat.Sedang rancak berbual,tiba-tiba Syaza mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna biru dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada Allysya.Allysya terus mengambil dan ingin membukanya,tetapi di halang oleh Syaza.Allysya terkejut dan terus memandang Syaza,Syaza senyum dan terus berbisik di telinga Allysya,''aku nak kau buka sampul ini di rumah''.Allysya terus anggukkan kepalanya dan menghormati permintaan Syaza,lalu mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing. Friday, July 17, 2009
CINTA PERTAMA
Sang suria mula memancarkan cahayanya,kerja seharian untuk mencari rezeki harus di mulakan..Dalam kepanasan kita bekerja di bawah sang suria ciptaanNya,muncul titik peluh di badan kita,kita bukan bersyukur kerana peluh itu menyihatkan kita tetapi kita marah padaNya kerana panas.Kita juga kadangkala alpa,peluh yang keluar itu mampu menyedarkan kita betapa teruknya kita kerja untuk mencari rezeki dan seharusnya kita tidak sia-siakan rezeki kita itu ke jalan yang tidak diredhai olehNya..Terima kasih Allah,Kau terangkan bumi ini untuk kami mencari rezeki....
Redup senja melabuhkan tirainya,kaki langit kelihatan kemerah-merahan,matahari mula terbenam.Kicauan burung yang berterbangan kedengaran menemani keredupan senja,syahdu ku rasa...Wednesday, July 08, 2009
BICARA HATI.....
Kenangan di depan mata...
Sayu wajahku mula tergambar..
Seakan-akan terlihat bayang kita...
Kenangan demi kenangan menjelma...
Alangkah rasa bahagia..
Kicauan burung menjadi teman setia..
Bersama dingin bayu yang menyapa...
Disini kita berjanji...
Kau ucap alam menjadi saksi..
Namun kusedar kata-kata mu...
Semuanya hanya dusta kini...
Kadang kala diri ini tagih janji-janji mu...
Walau diriku tahu kau telah tinggalkan ku...
Namun hati ingin sekali mengecap bahagia...
Walau ku sedar ku ditinggalkan hati terluka...
Ingin sekali ku merayu untuk bersama mu lagi...
Apakan daya,ku harus terima kau telah dimiliki...
Airmata menangisi apa yang terjadi...
Namun ku tahu kau takkan kembali padaku...
Kutabah,kuterima suratanNYA...
Semuanya takdir yang MAHA ESA...
Namun ku nak kau tahu..
Disebalik airmataku,terselit doa....
KEBAHAGIAAN BUATMU..........................
.....KISAH KITA.....
......Pertemuan pertama kita hanya bermula dengan senyuman,tidak banyak berbicara hanya pertanyaan-pertanyaan biasa dan diikuti dengan saling menukar nombor telefon.Dengan teknologi yang semakin canggih,telefon bimbit menjadi penghubung antara kita.Bermula daripada kawan biasa,kini hubungan kita menjadi serius dan saling meluahkan kata-kata cinta.Kita berdua saling berjanji,akan sehidup semati,sumpah setia antara kita,saling percaya hingga membuatkan hubungan tugu cinta kita semakin kukuh.Tidak sedetik pun engkau pernah mengabaikan diri ini,membuatkan aku amat sayang padamu,hinggakan tiada insan lain yang bernama lelaki akanku rapati demi menjaga perhubungan suci kita..
....Entah mengapa,tugu cinta yang dibina antara kita mulai runtuh,janji yang terpatri antara kita juga semakin berlalu pergi..Aku tidak mengerti dan pasti,salah siapakah dalam soal ini, adakah kerana diriku,dirimu ataupun kerana orang ketiga..Kerana teramat sayang dan cinta,hatiku amat merasai apabila dirimu makin jauh dariku.Aku sedar tugu cinta ini makin jatuh dan tidak mungkin akan bercantum lagi.........Namun ku takkan mengalah,padaku,ini dugaan terhebat untuk perasaan dan hati ini.Aku harus bersyukur,apa yang terjadi,mungkin suratan Ilahi dan kerana Yang Maha KUASA sayangkan diriku,telah dia catatkan yang kenangan pahit ini tidak berlaku sebelum aku dan dia melayari bahtera rumahtangga,kalau tidak pasti diri ini akan lebih merana,walaupun aku tidak mengerti dan masih tercari-cari adakah keruntuhan tugu cinta ini adalah kerana aku,dirimu ataupun kerana orang ketiga.Allah masih sayangkan diriku kerana telah bagi petunjuk padaku lebih awal yang ternyata bahawa diriku dan dirimu tidak mungkin dapat hidup bersama..Aku pasti Allah dah sediakan seorang insan yang lebih sesuai dan akan serasi denganku untuk melayari kehidupan duniawi..Aku menunggu....
PADAMU,INSAN YANG PERNAH MENDIAMI RUANG HATIKU,AKU NAK ENGKAU KETAHUI,DALAM DOA KUDUSKU,TIDAK PERNAH KULUPA DOAKAN DIRIMU BERSAMA TITISAN AIRMATA YANG IKHLAS DARI HATI NURANIKU DEMI KEBAHAGIAAN DIRIMU WALAU DI MANA KAU BERADA...........
Tuesday, July 07, 2009
MALAM YANG DINGIN....

Monday, July 06, 2009
QALIF DAN ALLYSYA

Perkenalan antara Allysya dan Qalif bermula dari zaman persekolahan lagi,diikuti dengan rakan-rakan karib mereka yang lain Isya,Ija,Syaza,Iman,Adam dan Hailkal.Pelbagai suka duka terjadi antara mereka namun silaturrahim antara mereka menjadi ikatan yang kukuh seperti keluarga kandung mereka sendiri,hinggalah kini walaupun mereka dah tamat alam persekolahan dan membawa haluan masing-masing,namun mereka tetap berhubung dan perhubungan mereka semakin akrab,hinggakan ada antara mereka timbulnya bibit percintaan dan bermulanya satu cerita yang penuh suka duka,kebahagiaan,tangisan dan....................ADAKAH ANDA AKAN IKUTI KISAH INI LAGI?????????CINTA PERSEKOLAHAN...
mampu mengapai impian demi keluarga,negara, bangsa dan agama......SEJENAK RENUNGAN.....

Sunday, July 05, 2009
KESEPIAN...






