Tuesday, July 28, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 5


Sampai di tempat kerja,Allysya terus memulakan kerja.Oleh kerana kerja terlalu banyak,dia tidak sedar masa yang sedang berlalu.Tiba-tiba mesej dari telefon bimbitnya bunyi.Tertera di skrin telefon bimbitnya mesej itu adalah daripada Qalif.Allysya terus membacanya,''Slm Allys,jam dah 1,30 skrg,awk dh solat dn mkn tengaharikh?Jgn asyik wt keja saja.''Allysya terus mendongak melihat jam di dinding pejabatnya.Jam menunjukkan 1.35 tengahari.Dia tidak sedar yang masa berlalu begitu cepat,kawan-kawan sepejabatnya keluar pun dia tidak perasan.Allysya tidak membalas mesej Qalif,selepas Allysya tutup komputer,Allysya terus bangun dan menuju ke kedai makan yang berhampiran tempat kerjanya untuk makan tengahari.Selesai makan, Allysya terus naik ke pejabatnya untuk solat dan kembali memulakan kerja.Entah kenapa,sedang buat kerja,tiba-tiba Allysya terfikirkan tentang Qalif.Tidak tahu kenapa...Allysya tersenyum sendirian..Tiba-tiba kawan sepejabat Allysya memanggilnya,dengan terpinga-pinga Allysya kembali memulakan kerja.Terdengar usikan dan ketawa daripada kawan-kawannya...Allysya tersenyum sendirian sambil buat kerja....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

No comments:

Post a Comment