Saturday, August 01, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 6


Kerana menghabiskan kerja terlalu banyak,lepas maghrib,baru Allysya sampai rumah.Sedang memandu tadi Allysya mendapat mesej daripada Qalif yang bertanyakan tentang keadaannya sama ada ok ataupun tidak ok,namun Allysya tidak sempat membalasnya.Lepas mandi dan tunaikan solat maghrib,Allysya turun menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.Memandangkan mereka hanya dua beradik,adiknya kini di universiti,tinggal Allysyalah untuk menemani ibu dan bapanya.Sedang rancak berbual dan gelak ketawa bersama ibu dan bapanya,Allysya terdengar telefon bimbitnya berdering.Allysya terus pergi mengambilnya di biliknya.Tertera nama Qalif di skrin telefon bimbitnya.Allysya menjawab panggilan itu.Terdengar suara Qalif di talian.''Assalammualaikum Allysya,maaf ganggu.Sedang watper?Sihatker?''''Waalaikumsalam,sihat.Ada per Qalif?''''Allysya sebenarnya aku ada benda nak tanya dan cakapkan pada kau?''''Apa Qalif?Kau ada masalahkah?Cakaplah?''Mula-mula sekali boleh aku panggil kau Allys?''''Boleh,terpulang pada kaulah.Lagipun kita dah lama kenal.''''Allys,boleh tak aku nak tahu,kau dah berpunya atau belum?Maksud aku kau dah ada kekasihkah?Hati kau dah dimiliki oleh seseorangkah?Mungkin kau akan kata aku ni gila atau bodoh.Aku malu untuk bertanya hal ni,tetapi aku kawan-kawan aku cakap aku dah angau.Aku akui aku memang minat pada kau dari sekolah lagi tetapi aku tak berani luahkan sebab aku tahu tugas kita masa itu adalah untuk timba ilmu.Lepas jumpa kau di reunion hari itu aku yakin tak nak terlepas lagi.Lagipun kawan-kawan aku cakap baik cuba sebelum aku terlepas dan menyesal.Kalau kau dah ada orang lain tak apalah.Aku boleh terima dan kita tetap kawan.''''Luculah kau ni Qalif,boleh buat jenaka malam-malam macam ni.Dah tu bab ni pula.''Allysya ketawa,kemudian dengar Qalif bercakap lagi.''Tidak Allys,sejak aku jumpa kau dari reunion tempuhari,aku berjanji pada diri aku sendiri,selagi kau tidak dimiliki oleh sesiapa atau kahwin dengan sesiapa,aku tetap dan terus akan memikat kau.Kebetulan aku dapat nombor telefon kau.Apa jawapan kau Allys?''''Entahlah Qalif,sejujurnya hati aku tidak pernah dimiliki oleh sesiapa,hanya keluarga aku sahaja.Buat masa ini,aku rasa eloklah kita berkawan dulu.Aku tak janji apa-apa.Kalau ada jodoh,kadang-kadang hubungan sebagai kawan pun akan jadi.''''Terima kasih Allys.K lah,terima kasih kau tak marah aku sebab aku jadi bodoh sikit kejap tadi.Assalammualaikum.''Qalif terus memutuskan talian.Allysya termenung di kamarnya sambil tersenyum.Sejak dari itu,Qalif sering menghubungi dan mesej kepada Allysya.Hubungan mereka semakin rapat..ADAKAH ANDA AKAN IKUTI LAGI CERITA INI...

No comments:

Post a Comment