Monday, August 17, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 11



Masa berlalu begitu cepat.Pertunangan Allysya dan Qalif akan berlangsung pada keesokan harinya.Hanya Tuhan yang tahu pada saat itu debaran di hati Allysya.Betapa gembiranya Allysya,akhirnya dia akan menjadi tunang Qalif,apatah melihat kemeriahan di rumahnya.Sepupunya yang datang ada yang asyik memasang lagu romantis yang membuatkan hati Allysya terasa terusik dan tergambar kebahagiaan di matanya.Qalif insan pertama yang berjaya membuka pintu hatinya menerima cinta,cinta pertama Allysya.Insan yang mengajar Allysya betapa indahnya cinta,suka duka,gelak tawa dan kasih sayang dalam alam percintaan.Dialah insan yang amat Allysya cintai Muhammad Qalif Mikail.


Sedang Allysya berangan,terdengar telefon bimbitnya berdering.Allysya berlari mendapatkan telefon bimbitnya.Allysya mengamati nombor di skrin telefon bimbitnya itu dan ternyata nombor yang tertera di telefon bimbitnya tiada dalam simpanannya.Allysya terus menjawabnya."Assalammualaikum,boleh saya tahu siapa di sana?"Allysya terdengar suara seorang gadis di hujung talian."Waalaikumsalam,ini Allysya ker?""Iya,saya.Ini siapa?""Saya Hanim,kawan sepejabat Qalif.kalau tak ada apa,saya nak jumpa Cik Allysya sekejap.Ada hal mustahak nak saya cakapkan.""Ohhhh,boleh,tapi saya sibuk sikit hari ni.Lagipun besok majlis pertunangan saya.""Tapi saya perlu juga jumpa Cik Allysya,sekejap pun tak apalah kerana hal ini mustahak sangat.""Baiklah,tapi di mana?""Malam ini jam 8,di restoran Jai Cafe.K,assalammualaikum.""Waalaikumsalam."Allysya memutuskan talian.Entah kenapa tiba-tiba Allysya rasa tidak sedap hati.Hal apakah yang penting sangat.Namun dia tetap cuba gembirakan hati dia dan pujuk hatinya dengan benda yang baik.Mungkin Qalif ada buat kejutan padanya.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...

1 comment:

  1. salam...sy akn trus ikuti pkembangan crite awk..ia memang menarik wlpn sy bru shj bc utk yg ke 11 tanpa mengikuti nya dr yg ptama..

    ReplyDelete