Monday, July 27, 2009

SAMBUNGAN QALIF DAN ALLYSYA 3




Allysya baru ingin melelapkan mata di kamarnya,tiba-tiba terdengar nada mesej masuk di telefon bimbitnya.Allysya terus bangun dan membukanya.Allysya bertambah pelik,sedang baca mesej di situ terfikir di benaknya nombor yang tertera di skrin telefonnya tidak pernah ada dalam simpanannya.Lebih menghairankan apabila orang yang menghantar mesej itu mengenalinya.''Slm Allysya,stlh 5 tahun kta x jmpa,kau masih x berubah seprti dulu.Kau tetp cntik malh brtmbh ayu.Slmt mlm.''Sedang Allysya masih lagi melihat telefon bimbitnya,terpapar di skrin telefon bimbitnya ada panggilan masuk.Nombor yang tertera juga adalah nombor yang sama tercatat dari mesej tadi.Allysya terus menjawabnya,''Assalammualaikum,boleh saya tahu siapa di sana?''Pertanyaan Allysya di balas,''Waalaikummussalam,tekalah kalau awak masih ingat dan rindu saya.'' Terdengar suara lelaki di hujung talian menjawab salam yang diberi oleh Allysya tadi.Allysya cuba mencari siapa lelaki yang mesej dan telefonnya,kerana Allysya seolah-olah pernah dengar suara itu.Tiba-tiba Allysya terdengar suara pemanggil itu dan mengejutkannya daripada termenung mencari siapa yang menelefonnya.''Allysya,kenapa kau diam,aku ni Qalif.''Allysya terus ketawa,patut dia rasa dia pernah dengar suara itu.Bermacam topik mereka bualkan.Sedar tidak sedar,jam di dinding biliknya dah menunjukkan jam 2 pagi.Esok Allysya akan kerja,Allysya terus meminta maaf pada Qalif dan minta Qalif dapat telefonnya pada esok hari ataumasa lain kerana dia perlu kerja esok dan tidur awal.Qalif memahami,meminta maaf pada Allysya dan terus memutuskan talian........ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.....

No comments:

Post a Comment