Tuesday, July 21, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 2


Masih lagi Allysya ingat semasa reunion untuk rakan-rakan dan bekas gurunya dari kelas 5 sains 1,hampir 5 tahun yang lalu.Allysya amat gembira dapat jumpa rakan-rakan lamanya.Ada antara mereka yang dah bertunang,berkahwin,ada yang masih mengejar ilmu dan ada juga yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.Sedang Allysya asyik berbual dengan rakan-rakannya,Qalif datang dan duduk di sebelah Allysya.Qalif masih tidak berubah seperti dulu,masih dengan sifat pengusiknya.Allysya rasa tidak selesa dengan kehadiran Qalif di sisinya,apatah lagi diperhatikan oleh bekas-bakas gurunya.Allysya bangun dan duduk di tempat lain.Walaupun antara mereka rapat sejak di bangku sekolah kerana Qalif sering mengusiknya di dalam kelas,tapi baginya dia tidak selesa apabila Qalif berada disebelahnya. Entah kenapa...
Sewaktu hendak pulang dari majlis reunion,Iman menghampiri Allysya dan Syaza, ''Allysya,aku ni sedang cari kerja,tapi duduk tak duduk dah dapat kerja.Baru kejap tadi.'' Allysya ketawa dan terus ucapkan tahniah pada Iman.''Tahniahlah Iman,kerana kau dah dapat kerja,tapi kerja apa?''Iman terus menjawab pertanyaan Allysya tadi dengan lawak bodohnya.''Kerja ni tak ada gaji hanya hati budi.''Allysya dan Syaza terus terdiam,Syaza terus berkata pada Iman.''Kau jangan main-main,aku dan Allysya dah nak balik ni.''Iman buat muka pada Syaza,Syaza terus menarik telinga Iman.Allysya ketawa melihat gelagat mereka itu.
Tiba-tiba Iman keluarkan telefon bimbitnya dengan wajah selambanya terus berkata pada Allysya.''Allysya,boleh tak kau bagi nombor telefon bimbit kau sebab Qalif nak nombor kau.Bukan apa,kita dah lama kenal lepas ni tak tahu bila lagi kita akan jumpa macam ni.Ini pun dah 5 tahun kita baru berjumpa kembali,kau juga Syaza.''Allysya tersenyum dan terus berkata kepada Iman,''ooooohh....Ini kerja baru yang kau dapat,posmen tidak rasmi rupanya.''Mereka bertiga terus ketawa sambil diperhatikan oleh Qalif yang sedang menunggu Iman di keretanya.Setelah beri nombor telefon kepada Iman,Allysya dan Syaza terus berlalu dari situ untuk pulang ke rumah.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.........

No comments:

Post a Comment