Thursday, August 06, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 7


Kini sedar tidak sedar,dah hampir 3tahun mereka saling berhubung dan berjumpa.Daripada kawan biasa,kini menjadi teman istimewa.Hubungan mereka diketahui kedua-dua orang tua mereka dan mendapat restu daripada kedua-dua pihak.Pekerjaan Qalif sebagai salah seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat produk kecantikan memaksanya selalu ke luar daerah.Kepercayaan dan kesetiaan antara Qalif dan Allysya mengukuhkan lagi ikatan antara mereka.Walaupun kadangkala ada curiga dalam hati Allysya,namun cepat-cepat Allysya memujuk hatinya.Padanya Qalif amat sempurna,bertanggungjawab dan romantis.Paling tidak pun keburukan Qalif padanya hanyalah kerana Qalif seorang yang kuat cemburu.Namun,entah kenapa pada Allysya,walaupun kadangkala cemburu Qalif melampaui batas hingga membawa kepada pergaduhan pada hubungan mereka,namun sikap tanggungjawab dan romantis Qalif menutup segala-galanya.Allysya amat menyayangi Qalif.Qalif cinta pertamanya.Pada Allysya kasih sayang,setia dan kepercayaannya hanya pada Qalif,hinggakan apa yang dilarang oleh Qalif tidak akan dilakukan oleh Allysya.Setiap hari,Qalif tidak akan pernah lupa untuk call dan mesej Allysya.Pernah Allysya terlantar di hospital kerana pembedahan appendik,walaupun ada ibu dan bapanya jaga,namun Qalif tetap menunggu,menjaga Allysya tidak kira siang atau malam di wad.Ini membuatkan Allysya makin cinta dan sayang padanya.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

No comments:

Post a Comment