Tuesday, August 11, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 9



Di rumah,Allysya tersenyum keseorangan.Ibu dan bapanya hairan melihat gelagat Allysya yang sebegitu.Allysya perasan yang dia diperhatikan oleh oleh ibu dan bapanya.Allysya terus menghampiri ibu dan bapanya,lalu terus menunjukkan cincin yang diberikan oleh Qalif.Ibunya tersenyum namun di kelopak matanya ada takungan air mata yang akan gugur tetapi cepat-cepat dia menyekatnya.Ibunya turut gembira kerana tahu Allysya akan menemui kebahagiaan daripada Qalif,namun di sudut hatinya dia turut berasa sedih kerana dia tahu tidak lama lagi anak gadis kesayangannya akan menjadi milik orang lain dan berjauhan dengannya.Apapun ibunya bersyukur kerana Allysya akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Qalif.Lelaki yang pada pandangannya sangat baik dan tidak pernah ada perangai buruk yang ditunjukkan dan di ketahui oleh dia dan suaminya tentang bakal suami anaknya itu.Bapa Allysya turut gembira dan menyuruh Allysya memberitahu Qalif untuk masuk meminangnya.Allysya tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih pada bapa dan ibunya sambil memeluk mereka berdua......ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

No comments:

Post a Comment