Wednesday, August 19, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 12

Selepas solat maghrib,Allysya mengajak Syaza menemaninya ke Jai Cafe.Allysya terus menghubungi Hanim dan bertanyakan kedudukan Hanim memandangkan Allysya tidak mengenali Hanim.Setelah mendapat kepastian Allysya berjalan menuju ke arah meja yang agak tersembunyi di sudut cafe itu.Allysya agak pelik kenapa Hanim memilih tempat yang terceruk itu,namun Allysya tidak peduli,hatinya tiba-tiba rasa tidak keruan.Memang cantik cafe tersebut siap ada ruang karaoke lagi.Ketika Allysya dan Syaza nak sampai ke meja Hanim terdengar seoprang pemuda nyanyikan lagu kehebatan cinta.Allysya tersenyum kerana Qalif pernah nyanyikan lagu ini padanya.Allysya dan Syaza ternampak seorang gadis di sebuah meja,keseorangan.Allysya pasti,itu adalah Hanim.Orangnya agak cantik tetapi seksi.Alysya terus memberi salam pada Hanim."Assalammualaikum,ini cik Hanimkah?""Waalaikumsalam.Ini cik Allysya kan,silalah duduk."Kenalkan ini kawan saya,Syaz."Sambil bersalaman dengan Hanim,Allysya tiba-tiba merasakan yang dia pernah jumpa gadis ini,tetapi di mana?Baru Allysya teringat,iya,gadis ini yang dia nampak bersama Qalif tempuhari.Suara Hanim menegurnya membuatkan Allysya berhenti mengelamun."Cik Allysya nak minum apa?Orderlah."Allysya dan Syaza terus memesan minuman.Allysya terus memulakan bicara."Boleh saya tahu,kenapa cik Hanim nak jumpa saya?"Iya,pertama sekali,saya nak minta maaf,sekiranya apa yang bakal saya cakap nanti akan lukakan hati Cik Allysya."Allysya sedikit terkejut tapi dia cuba tabahkan hati untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Hanim.Allysya juga perasan yang wajah Syaza turut berubah bila mendengar apa yang dicakapkan oleh Hanim."Tak apa Hanim,cakaplah."Allysya,mungkin apa yang saya cakapkan ini buat awak terkejut tetapi ini adalah hakikatnya dan saya nak awak tahu.Saya nak awak putuskan hubungan dengan Qalif,batalkan pertunangan awak.Saya merayu demi anak dalam kandungan saya.Saya hamilkan anak Qalif."Allysya amat terkejut,terasa badannya amat lemah,tangannya menggigil,seolah-olah satu tubuhnya di hempap satu batu yang amat berat.Telinganya pula amat sakit seolah kata-kata Hanim tadi umpama petir yang menusuk namun dia tabahkan hati dan meninggikan sedikit suaranya pada Hanim."Kenapa dengan awak ni?Apa hak awak cakap begini.Saya adalah cinta pertama Qalif.Awak penipu,awak nakkan dia,awak tak dapat,ini cara awak untuk tipu saya dan aniaya Qalif.Perempuan apa awak ni?"Sabar Allysya,saya tidak tipu,ini anak saya dan Qalif.Kami terlanjur semasa sama-sama pergi promosikan produk kecantikan di Perak tempuhari.Maafkan kami,ini ada gambar kami berdua."Allysya menatap gambar yang diberikan oleh Hanim bersama Syaza.Airmata Allysya mengalir tak dapat di sekat lagi.Kepalanya terasa berat....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...

No comments:

Post a Comment