Tuesday, August 25, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 13






Syaza mengenggam tangan Allysya dengan kuat.Dia juga turut terkejut dengan apa yang terjadi.Hanim pula masih merayu agar Allysya melepaskan Qalif padanya demi dirinya dan anak yang dikandungnya.Allysya bingung,airmatanya masih tidak henti mengalir.Bagaimana dengan dirinya,bagaimana dengan ibu dan bapanya dan bagaimana dengan persiapan yang telah dibuat di rumahnya.Bagaimana Allysya akan berdepan dengan sanak saudara dan tetamunya yang akan hadir.Allysya semakin bertambah pening dan bingung.Allysya beristigfar seketika.Enyah dari mana datang kekuatan,Allysya bingkas bangun dan memegang tangan Hanim sambil berkata kepada Hanim,"Tak apa Hanim,kau jangan risau,saya takkan bertunang dengan Qalif demi anak itu.Awak baliklah dulu,jangan risau,saya akan tunaikan janji saya.Cuma,izinkan saya untuk mengambil gambar-gambar yang awak tunjukkan tadi."Syaza terkejut dengan tindakan Allysya.Hanim menganggukkan kepala tanda faham dengan kata-kata Allysya.Allysya dan Syaza bangun pergi meninggalkan Hanim.Dalam kereta Syaza hanya mendiamkan diri,manakala Allysya di sebelahnya menangis teresak-esak,Syaza faham perasaan rakan karibnya itu apatah lagi sebaik menghidupkan kereta dan membuka radio di keretanya,lagu yang sedang berkumandang adalah lagu dari Fazli Zainal,Harapan.Bait-bait lagu itu amat menyetuh jiwanya.Syaza ingin menutup radio yang sedang berkumandang itu tapi Allysya tidak membenarkannya kerana,pada saat ini itulah keadaannya,itulah hakikatnya dan itulah yang harus dia terima.Dibiarkannya airmatanya turun membasahi tanpa disekat-sekat lagi sambil menghayati bait-bait lagu itu...DOAKU AGAR KAU KAN SELALU BAHAGIA,AGAR KAU TEMUI INSAN TULUS MENYAYANGIMU,LEPASKANLAH DIRIMU KERNA KEREDHAANMU,BUKAN KERNA DENDAM,BUKAN JUA KERNA KAU TERPAKSA,KU TINGGALKAN MEMORI BEERSAMAMU,KU UNDUR DIRI BERSAMA HARAPAN.TIDAK KESAMPAIAN CINTA KITA,KU BAWA HARAPAN KU PENDAM RAHSIA,KU DI KEJAUHAN,MENDOAKAN..AGAR KAU BAHAGIA TIADA LAGI DUKA,DAKU RELA MENGUNDUR DIRI,KU PASTI DIKAU KAN FAHAMI..TIADA PENYESALAN KASIHKU KORBANKAN,ANDAI TELAH TERTULIS,KU TERIMA INI BUKANNYA KU PINTA,PERGILAH DIKAU DENGAN KEIKHLASANKU,CUMA PENGALAMAN MENGISI KEKOSONGAN MIMPIKU..........
Allysya harus tabah,dia tahu cinta dia makin suram dan selepas ini mereka akan bawa haluan masing-masing.Allysya nekad,dia akan jumpa Qalif malam ini juga untuk selesaikan segalanya....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.......

1 comment: