Saturday, July 18, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 1

Hari ini merupakan hari minggu,oleh kerana tidak bekerja,selepas solat subuh,Allysya terus keluar berjoging dengan teman baiknya Syaza.Dalam sedar tidak sedar hampir 45 minit dah berlalu mereka berjoging.Allysya dan Syaza berhenti berehat.Sedang rancak berbual,tiba-tiba Syaza mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna biru dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada Allysya.Allysya terus mengambil dan ingin membukanya,tetapi di halang oleh Syaza.Allysya terkejut dan terus memandang Syaza,Syaza senyum dan terus berbisik di telinga Allysya,''aku nak kau buka sampul ini di rumah''.Allysya terus anggukkan kepalanya dan menghormati permintaan Syaza,lalu mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Selepas selesai mandi,Allysya duduk di atas kamarnya sambil memegang telefon bimbitnya,tiba-tiba Allysya terpandang sampul surat yang di berikan oleh Syaza tadi.Allysya terus membukanya.Allysya tersenyum,kad yang diberi oleh Syaza adalah kad undangan perkahwinannya.Allysya ketawa sendirian,teringat semasa mereka di sekolah,Allysya selalu di usik oleh rakan-rakan baiknya bahawa dia akan kahwin dulu antara mereka.Tiba-tiba airmata Allysya bergenang,memang benar usikan rakan-rakannya tetapi hubungannya dengan Qalif hanya sekadar mampu mengikat tali........Airmatanya membasahi pipi,kenangan demi kenangan mula datang...Adakah anda akan ikuti cerita ini lagi......................

1 comment: