Wednesday, July 08, 2009

.....KISAH KITA.....


......Pertemuan pertama kita hanya bermula dengan senyuman,tidak banyak berbicara hanya pertanyaan-pertanyaan biasa dan diikuti dengan saling menukar nombor telefon.Dengan teknologi yang semakin canggih,telefon bimbit menjadi penghubung antara kita.Bermula daripada kawan biasa,kini hubungan kita menjadi serius dan saling meluahkan kata-kata cinta.Kita berdua saling berjanji,akan sehidup semati,sumpah setia antara kita,saling percaya hingga membuatkan hubungan tugu cinta kita semakin kukuh.Tidak sedetik pun engkau pernah mengabaikan diri ini,membuatkan aku amat sayang padamu,hinggakan tiada insan lain yang bernama lelaki akanku rapati demi menjaga perhubungan suci kita..

....Entah mengapa,tugu cinta yang dibina antara kita mulai runtuh,janji yang terpatri antara kita juga semakin berlalu pergi..Aku tidak mengerti dan pasti,salah siapakah dalam soal ini, adakah kerana diriku,dirimu ataupun kerana orang ketiga..Kerana teramat sayang dan cinta,hatiku amat merasai apabila dirimu makin jauh dariku.Aku sedar tugu cinta ini makin jatuh dan tidak mungkin akan bercantum lagi...



Adakah salah diri ini?

Adakah salah engkau?

Tiada kejujuran dan kesetiaan lagikah

darimu untukku?

Atau,atau,atau,adakah kerana orang ketiga yang

telah mengisi ruang hatimu,bagi mengusir

diriku ini....
Kini ku terluka,hubungan kita tidak dapat diteruskan lagi,ku harus terima demi kebahagiaanmu.Walau airmata menangisi,mengenang apa yang terjadi,ku harus redha yang hati ini kembali sepi....

......Namun ku takkan mengalah,padaku,ini dugaan terhebat untuk perasaan dan hati ini.Aku harus bersyukur,apa yang terjadi,mungkin suratan Ilahi dan kerana Yang Maha KUASA sayangkan diriku,telah dia catatkan yang kenangan pahit ini tidak berlaku sebelum aku dan dia melayari bahtera rumahtangga,kalau tidak pasti diri ini akan lebih merana,walaupun aku tidak mengerti dan masih tercari-cari adakah keruntuhan tugu cinta ini adalah kerana aku,dirimu ataupun kerana orang ketiga.Allah masih sayangkan diriku kerana telah bagi petunjuk padaku lebih awal yang ternyata bahawa diriku dan dirimu tidak mungkin dapat hidup bersama..Aku pasti Allah dah sediakan seorang insan yang lebih sesuai dan akan serasi denganku untuk melayari kehidupan duniawi..Aku menunggu....
PADAMU,INSAN YANG PERNAH MENDIAMI RUANG HATIKU,AKU NAK ENGKAU KETAHUI,DALAM DOA KUDUSKU,TIDAK PERNAH KULUPA DOAKAN DIRIMU BERSAMA TITISAN AIRMATA YANG IKHLAS DARI HATI NURANIKU DEMI KEBAHAGIAAN DIRIMU WALAU DI MANA KAU BERADA...........

2 comments:

  1. Kadang-kadang rindu itu membuatkan aku bahagia...
    Bahagia apabila saat2 manis diimbas kembali...
    Tersenyum aku sendiri seperti aku dan engkau sedang berada di saat itu...

    Namun...
    Rase bahagia itu hanya sementara...

    Kadang-kadang rase rindu itu membuatkan aku rase sakit... pedih... sedih...
    Sakit apabila rindu itu mengingatkan aku engkau bukan lagi berada di sisiku...
    Sedih kerana aku tdk mampu lagi merasai saat2 manis dahulu...
    Pedih kerana engkau insan yg tersayang telah pergi buat selama-lamanye...

    Namun...
    Perasaan rindu itu ttp aku ingini...
    biarpun bahagia itu sekejap cuma...
    Aku ttp merindui saat-saat manis bersama mu..
    Biarpun mustahi untuk aku kecapi kembali saat2 manis dan saat2 bahagia kite dahulu...

    Al-Fatihah untuk mu ibuku...
    Semoga engkau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
    Bersemadilah dirimu dengan tenang...
    Aku di sini akn ttp merindui mu dan mendoakn kesejahteraan mu di sana...

    also posted in:
    http://ezma-fasham.blog.friendster.com

    ReplyDelete
  2. Bibir tak mampu melafaz kata,
    Hanya bisikan hati berbicara...

    berbicara tentang cinta..
    berbicara tentang rindu..
    juga berbicara..
    tentang sepi...
    dan meratap kepedihan cinta..

    Bibir yang sering mengukir senyum
    mungkin...
    menyimpan 1001 rasa pahit di hati...

    ReplyDelete