Friday, December 14, 2012

ALLYSYA DAN QALIF 14...

  Apa yang bermain di minda Allysya sekarang mmg bnar2 serabut,baru sbentar td dia mmpunyai kekuatan untuk berdepan dengan Hanim,kini terasa bagai memori otaknya penuh,berserabut,taktahu apa yg difikirkannya.Apa yang sedang dicakapkan oleh Syaza di sebelahnya seolah tiada apa-apa dan bagai bahasa asing yang buat dia tak faham langsung.Tiba-tiba dia terkejut apabila syaza menepuk bahunya.Rupanya dah lama Syaza berhentikan kereta tepi jalan dan yang keluar dari mulut Syaza hanyalah"Allysya,kau ok kah?kau nak aku hantar kau ke rumah kah?sepanjang aku drive dr lepas jumpa Hanim tadi kau hanya pejam mata,airmata mengalir,tp membisu,Allysya..apa harus aku bantu kau sebagai seorang sahabat? Jawablah..Aku benar2 risaukan kau.."Allysya berpaling memandang kawan karibnya itu,airmatanya makin laju membasahi pipi.Allysya memeluk Syaza dengan sekuat hati seolah mengharapkan agar ada kekuatan dari sahabatnya untuk membantu Allysya menghadapi semua ni.Kelihatan airmata Syaza juga turut membasahi pipi.Buat seketika hanya airmata dan pelukan erat sahaja yang terjadi dalam situasi yang masih samar selagi Allysya tidak mendapat kepastian daripada Qalif.Allysya melepaskan pelukan dan dengan kudrat yang ada keputusan yang diambil oleh Allysya adalah dia perlu juga untuk berjumpa Qalif.Telefon dalam begnya dicapai lalu didail nombor Qalif.."Assalammualaikum Qalif,awak sedang buat apa tu?"Waalaikumsalam syg,sedang tatap wajah u lah atas katil i ni,syg mcm tau ja i rindu syg sebab call tepat pada waktunya.Airmata Allysya semakin laju,namun ditahannya juga agar Qalif tidak perasan akan perubahan suaranya."Qalif, saya perlu jumpa awak juga malam ni,perlu bantuan awak..please..kita jumpa di kedai makan sebelah taman permainan.""Kenapa syg?apa yang penting sangat?" "Awak datang dulu,saya dalam perjalanan kesana.Jumpa di sana." "Syg3,belum sempat Qalif tanya lebih lanjut Allysya telah memutuskan taliannya.Qalif seolah terkejut dan bingkas bangun untuk mempersiapkan diri untuk jumpa buah hatinya....... [Adakah yang berminat untuk ikut lg...  :-) ]

Thursday, December 13, 2012


…..TERIMBAS  RINDU….

 Terpaku seketika..Langkah kakiku terhenti pabila melewati tempat pertemuan pertama kita….Kaku kakiku untuk melangkah…Hanya mampu berdiri dan mencari kekuatan diri…Buat seketika ku cuba kuatkan diri untuk kembali berjalan lagi…Menuju ke destinasi yang inginku tujui….Namun dalam perjalanan menuju destinasi dan dalam mencari kekuatan diri,aku lemah pabila tiba di ruang sejarah silam ini…Airmata mula bergenang  ingin membasahi pipi..Kenangan demi kenangan mula menjelma di depan mata..Alangkah bahagianya saat cinta di sulami dengan kejujuran,kasih sayang dan menyemai kebahagiaan…Alam menjadi saksi…
Namun kini…..
Semuanya hanya tinggal memori indah yang sentiasa bermain di ruang mata,minda,hati dan jiwaku…Entah di mana silapnya kita berdua hingga akhirnya kecundang juga cinta yang kita semai..Impian untuk mendirikan masjid akhirnya terkubur layu…Kesetiaanku dan sayangku yang kukuh ku jalinkan buatmu,hanya sia-sia,kau hancurkan segalanya..
Kalau…..
Diikutkan hati nak saja ku terima dirimu walau kau curang padaku,kerana ketebalan kesetiaan dan sayangku padamu…Hanya kau satu di hati,hanya kau ku percayai,namun akhirnya ini yang kuterima darimu…betapa kecewanya hatiku..remuk hatiku….hancur impianku…ku kembali sepi…
Namun Kini…
Ku kuatkan semangat dan diriku,ku redha apa yang yang telah terjadi,ku mengerti tiada jodoh antara kita,ku bersyukur kerana semua ini terjadi sebelum adanya ikatan yang sah antara kita berdua,kalau tidak semestinya aku lagi menderita,apa yang pasti kini ku setia menanti jodohku yang sejati…Aku percaya apa saja yang terjadi dalam percintaan yang pernah semua insan lalui,walaupun kadangkala memeritkan,kadangkala membahagiakan,yang penuh dengan corak kesetiaan,kepercayaan,kasih sayang,kejujuran,gurau senda,kedukaan,kecewa,marah,rajuk,akhirnya jodoh yang sejati pasti akan muncul juga.
Apa yang pasti…
Kepada insan yang pernah  menakluki hati dan jiwa ini,yang pernah menerima cinta dan sayangku lalu melukakan hatiku,mengecewakanku,padaku kita sesama insan hanya menumpang di bumi sementara ini tiada yang sempurna dan ada melakukan kesalahan…Diri ini tak pernah menyimpan dendam atau marah padamu,ku redha tiada jodoh antara kita dan apa yang pasti setiap kali aku memohon doa pada Kekasih Sejatiku yang satu,tidak pernah aku lupa untuk mendoakan jodohmu dengan insan yang dapat membahagiakanmu,dapat menerima dirimu seadanya dan berbahagia hingga akhir hayatmu…Apa yang pasti aku juga memohon agar imbasan rinduku padamu akan beransur pudar dari bekas kekasih kepada sahabat…Itu akan ku pastikan….Kadangkala Sepi Itu Indah Untuk Dinikmati…


...SO LONELY,ALWAYS MISS U....


Wednesday, December 12, 2012

Memori Duka 

Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam


Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah