Tuesday, August 25, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 13






Syaza mengenggam tangan Allysya dengan kuat.Dia juga turut terkejut dengan apa yang terjadi.Hanim pula masih merayu agar Allysya melepaskan Qalif padanya demi dirinya dan anak yang dikandungnya.Allysya bingung,airmatanya masih tidak henti mengalir.Bagaimana dengan dirinya,bagaimana dengan ibu dan bapanya dan bagaimana dengan persiapan yang telah dibuat di rumahnya.Bagaimana Allysya akan berdepan dengan sanak saudara dan tetamunya yang akan hadir.Allysya semakin bertambah pening dan bingung.Allysya beristigfar seketika.Enyah dari mana datang kekuatan,Allysya bingkas bangun dan memegang tangan Hanim sambil berkata kepada Hanim,"Tak apa Hanim,kau jangan risau,saya takkan bertunang dengan Qalif demi anak itu.Awak baliklah dulu,jangan risau,saya akan tunaikan janji saya.Cuma,izinkan saya untuk mengambil gambar-gambar yang awak tunjukkan tadi."Syaza terkejut dengan tindakan Allysya.Hanim menganggukkan kepala tanda faham dengan kata-kata Allysya.Allysya dan Syaza bangun pergi meninggalkan Hanim.Dalam kereta Syaza hanya mendiamkan diri,manakala Allysya di sebelahnya menangis teresak-esak,Syaza faham perasaan rakan karibnya itu apatah lagi sebaik menghidupkan kereta dan membuka radio di keretanya,lagu yang sedang berkumandang adalah lagu dari Fazli Zainal,Harapan.Bait-bait lagu itu amat menyetuh jiwanya.Syaza ingin menutup radio yang sedang berkumandang itu tapi Allysya tidak membenarkannya kerana,pada saat ini itulah keadaannya,itulah hakikatnya dan itulah yang harus dia terima.Dibiarkannya airmatanya turun membasahi tanpa disekat-sekat lagi sambil menghayati bait-bait lagu itu...DOAKU AGAR KAU KAN SELALU BAHAGIA,AGAR KAU TEMUI INSAN TULUS MENYAYANGIMU,LEPASKANLAH DIRIMU KERNA KEREDHAANMU,BUKAN KERNA DENDAM,BUKAN JUA KERNA KAU TERPAKSA,KU TINGGALKAN MEMORI BEERSAMAMU,KU UNDUR DIRI BERSAMA HARAPAN.TIDAK KESAMPAIAN CINTA KITA,KU BAWA HARAPAN KU PENDAM RAHSIA,KU DI KEJAUHAN,MENDOAKAN..AGAR KAU BAHAGIA TIADA LAGI DUKA,DAKU RELA MENGUNDUR DIRI,KU PASTI DIKAU KAN FAHAMI..TIADA PENYESALAN KASIHKU KORBANKAN,ANDAI TELAH TERTULIS,KU TERIMA INI BUKANNYA KU PINTA,PERGILAH DIKAU DENGAN KEIKHLASANKU,CUMA PENGALAMAN MENGISI KEKOSONGAN MIMPIKU..........
Allysya harus tabah,dia tahu cinta dia makin suram dan selepas ini mereka akan bawa haluan masing-masing.Allysya nekad,dia akan jumpa Qalif malam ini juga untuk selesaikan segalanya....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.......

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.....

....ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK....
DARIPADA NURALLYSYA QISTINA & KELUARGA BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN & PEMBACA BLOG INI.....

Wednesday, August 19, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 12

Selepas solat maghrib,Allysya mengajak Syaza menemaninya ke Jai Cafe.Allysya terus menghubungi Hanim dan bertanyakan kedudukan Hanim memandangkan Allysya tidak mengenali Hanim.Setelah mendapat kepastian Allysya berjalan menuju ke arah meja yang agak tersembunyi di sudut cafe itu.Allysya agak pelik kenapa Hanim memilih tempat yang terceruk itu,namun Allysya tidak peduli,hatinya tiba-tiba rasa tidak keruan.Memang cantik cafe tersebut siap ada ruang karaoke lagi.Ketika Allysya dan Syaza nak sampai ke meja Hanim terdengar seoprang pemuda nyanyikan lagu kehebatan cinta.Allysya tersenyum kerana Qalif pernah nyanyikan lagu ini padanya.Allysya dan Syaza ternampak seorang gadis di sebuah meja,keseorangan.Allysya pasti,itu adalah Hanim.Orangnya agak cantik tetapi seksi.Alysya terus memberi salam pada Hanim."Assalammualaikum,ini cik Hanimkah?""Waalaikumsalam.Ini cik Allysya kan,silalah duduk."Kenalkan ini kawan saya,Syaz."Sambil bersalaman dengan Hanim,Allysya tiba-tiba merasakan yang dia pernah jumpa gadis ini,tetapi di mana?Baru Allysya teringat,iya,gadis ini yang dia nampak bersama Qalif tempuhari.Suara Hanim menegurnya membuatkan Allysya berhenti mengelamun."Cik Allysya nak minum apa?Orderlah."Allysya dan Syaza terus memesan minuman.Allysya terus memulakan bicara."Boleh saya tahu,kenapa cik Hanim nak jumpa saya?"Iya,pertama sekali,saya nak minta maaf,sekiranya apa yang bakal saya cakap nanti akan lukakan hati Cik Allysya."Allysya sedikit terkejut tapi dia cuba tabahkan hati untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Hanim.Allysya juga perasan yang wajah Syaza turut berubah bila mendengar apa yang dicakapkan oleh Hanim."Tak apa Hanim,cakaplah."Allysya,mungkin apa yang saya cakapkan ini buat awak terkejut tetapi ini adalah hakikatnya dan saya nak awak tahu.Saya nak awak putuskan hubungan dengan Qalif,batalkan pertunangan awak.Saya merayu demi anak dalam kandungan saya.Saya hamilkan anak Qalif."Allysya amat terkejut,terasa badannya amat lemah,tangannya menggigil,seolah-olah satu tubuhnya di hempap satu batu yang amat berat.Telinganya pula amat sakit seolah kata-kata Hanim tadi umpama petir yang menusuk namun dia tabahkan hati dan meninggikan sedikit suaranya pada Hanim."Kenapa dengan awak ni?Apa hak awak cakap begini.Saya adalah cinta pertama Qalif.Awak penipu,awak nakkan dia,awak tak dapat,ini cara awak untuk tipu saya dan aniaya Qalif.Perempuan apa awak ni?"Sabar Allysya,saya tidak tipu,ini anak saya dan Qalif.Kami terlanjur semasa sama-sama pergi promosikan produk kecantikan di Perak tempuhari.Maafkan kami,ini ada gambar kami berdua."Allysya menatap gambar yang diberikan oleh Hanim bersama Syaza.Airmata Allysya mengalir tak dapat di sekat lagi.Kepalanya terasa berat....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...

Monday, August 17, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 11



Masa berlalu begitu cepat.Pertunangan Allysya dan Qalif akan berlangsung pada keesokan harinya.Hanya Tuhan yang tahu pada saat itu debaran di hati Allysya.Betapa gembiranya Allysya,akhirnya dia akan menjadi tunang Qalif,apatah melihat kemeriahan di rumahnya.Sepupunya yang datang ada yang asyik memasang lagu romantis yang membuatkan hati Allysya terasa terusik dan tergambar kebahagiaan di matanya.Qalif insan pertama yang berjaya membuka pintu hatinya menerima cinta,cinta pertama Allysya.Insan yang mengajar Allysya betapa indahnya cinta,suka duka,gelak tawa dan kasih sayang dalam alam percintaan.Dialah insan yang amat Allysya cintai Muhammad Qalif Mikail.


Sedang Allysya berangan,terdengar telefon bimbitnya berdering.Allysya berlari mendapatkan telefon bimbitnya.Allysya mengamati nombor di skrin telefon bimbitnya itu dan ternyata nombor yang tertera di telefon bimbitnya tiada dalam simpanannya.Allysya terus menjawabnya."Assalammualaikum,boleh saya tahu siapa di sana?"Allysya terdengar suara seorang gadis di hujung talian."Waalaikumsalam,ini Allysya ker?""Iya,saya.Ini siapa?""Saya Hanim,kawan sepejabat Qalif.kalau tak ada apa,saya nak jumpa Cik Allysya sekejap.Ada hal mustahak nak saya cakapkan.""Ohhhh,boleh,tapi saya sibuk sikit hari ni.Lagipun besok majlis pertunangan saya.""Tapi saya perlu juga jumpa Cik Allysya,sekejap pun tak apalah kerana hal ini mustahak sangat.""Baiklah,tapi di mana?""Malam ini jam 8,di restoran Jai Cafe.K,assalammualaikum.""Waalaikumsalam."Allysya memutuskan talian.Entah kenapa tiba-tiba Allysya rasa tidak sedap hati.Hal apakah yang penting sangat.Namun dia tetap cuba gembirakan hati dia dan pujuk hatinya dengan benda yang baik.Mungkin Qalif ada buat kejutan padanya.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...

Friday, August 14, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 10


Kini majlis pertunangan Allysya hanya tinggal seminggu sahaja lagi.Allysya semakin sibuk.Banyak barang yang harus di sediakannya.Memandangkan Allysya hanya dua beradil.bapa dan ibunya ingin buat majlis pertunangannya secara besar-besaran.Semua adik beradik Allysya telah dijemput.Allysya turut menjemput rakan-rakan sepejabat dan juga rakan karibnya semasa di bangku sekolah.Allysya dapat merasakan sejak akhir-akhir ni Qalif jarang telefon atau mesej padanya,namun Allysya tidak merasa pelik atau mempunyai syak wasangka yang bukan-bukan pada Qalif.Dia amat mempercayai Qalif,padanya Qalif mungkin sibuk dengan persiapan sebelah keluarganya.

Sedang memandu kereta untuk pulang ke eumah,Allysya teringat akan pesan ibunya yang menyuruhnya membeli barang hantaran yang belum cukup.Keluar dari kedai membeli barang yang di pesan oleh ibunya,Allysya terus berlalu ke keretanya.Belum sempat Allysya menutup pintu kereta,Allysya ternampak Qalif dengan seorang gadis di sisinya dan baru keluar dari sebuah klinik.Hati Allysya menjadi tidak keruan.Allysya cuba memanggil Qalif,namun usahanya hanya sia-sia,Qalif terus masuk ke dalam kereta.Allysya menjadi hampa,tetapi tetap memujuk dirinya mungkin Qalif tidak dengar panggilannya tadi.Allysya terus menghidupkan enjin kereta dan memandu untuk pulang ke rumah.

Sebaik sampai di halaman rumahnya,telefon bimbit Allysya berbunyi.Tertera nama Qalif di skrin telefonnya,cepat-cepat Allysya menjawabnya.

"Assalammualaikum Qalif,kau ada di mana?"

"Waalaikummusalam,di pejabat ni?"

"Tapi tadi Allys nmpak Qalif di hadapan sebuah klinik dengan sorang

perempuan.Allys panggil Qalif tetapi Qalif terus masuk dalam kereta."

"oooooohhhhhh,tak ada apalah,Allys sayang cemburu ye.Qalif cuma

tolong bawa kawan sepejabat Qalif sebab dia tak sihat.Qalif tak dengar

sayang panggil tadi sebab tergesa-gesa nak ke pejabat semula.maaf

sayang.Jangan risaulah,kan kita dah nak bertunang."

"Kenapa sekarang Qalif jarang telefon atau mesel Allys."

"Qalif sibuk sayang,harap sayang faham.Dengan persiapan

pertunangan kita lagi.Sayang faham kan.K lah sayangku Allys,

Qalif ada kerja ni.Nanti Qalif call lain dan jangan lupa beritahu ibu

bapa Allys yang hari pertunangan kita nanti Qalif akan tiba jam 4.00

petang bersama rombongan sebelah Qalif.Sayang Allys.

Assalammualaikum."

Belum sempat Allysya berkata apa-apa,Qalif terus memutuskan talian.Allysya menjadi hairan dan pelik dengan kelakuan Qalif.Namun,kerana sayang dan cintanya yang amat mendalam pada Qalif,Allysya tetap memujuk hatinya agar tidak berprasangka pada insan yang dicintainya......ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI........

Wednesday, August 12, 2009

JODOH.....




Kadang-kadang bila melihat kawan-kawan berumahtangga,bukan tak terniat di hati kita nak berumahtangga tetapi jodoh dan seru belum sampai.Kadng-kadang sibuk dengan komitmen,cita-cita dan nak balas jasa.Bukan tak ada kawan perempuan atau lelaki yang sedap di mata dan suka di hati tetapi malu nak luah perasaan,takut bertepuk sebelah tangan.Akhirnya melepas.....Ada kekasih,namun kadangkala kita atau dia banyak urusan,jadi terpaksa ditangguhkan.Kadang-kadang kita tak ada teman istimewa langsung,kita malas mencari,malu pada diri,ada orang nak,kita tak mahu,melepas lagi dan tak ada jodoh juga.Namun sesungguhnya jodoh kita dah ditentukan sejak azali lagi,cuma cepat atau lambat..Apa yang penting,biarlah pilihan kita direstui kedua ibubapa agar bahagia rumahtangga...


Ya Allah,Ya Tuhanku,


Aku ada rakan perempuan dan lelaki...


Aku ada kekasih..


Tapi aku tak tahu adakah mereka jodohku..


Aku sayang dia,begitu juga dia...


Namun aku tak tahu,


Adakah dia jodohku,kerana......


Jodohku adalah di tanganMu...


Banyak dugaan dariMu...


Tolong aku Ya Allah,


Beri petunjuk padaku..


Andainya insan yang kusayangi kini ,di sisiku adalah jodohku.......


Dekatkanlah,ukhwahkan lagi antara kami berdua..Aku bermohon....


Kalau itu bukan jodohku,kau jauhkanlah,jadikanlah kami sekadar sahabat...


Berilah petunjuk padaku...


Temukanlah aku dengan jodoh yang telah kau tetapkan....


Agar dapat dia bimbingku di dunia untuk dapat kebaikan di akhirat...


Dapat ku rasa kebahagiaan rumahtangga yang bakal di bina di atas restuMu...


Serta peroleh zuriat yang soleh dan solehah.....Amin.....

Tuesday, August 11, 2009

KELEMBUTAN,KEDAMAIAN,KETENANGAN....

........INGIN SELAMANYA KU RASAKAN KETENANGAN,KEDAMAIAN DAN KELEMBUTAN BEGINI NAMUNKU TAK BOLEH ALPA KERANA KADANGKALA RIBUT PASTI MELANDA UNTUK MENGUJI DIRI INI..............

ALLYSYA DAN QALIF 9



Di rumah,Allysya tersenyum keseorangan.Ibu dan bapanya hairan melihat gelagat Allysya yang sebegitu.Allysya perasan yang dia diperhatikan oleh oleh ibu dan bapanya.Allysya terus menghampiri ibu dan bapanya,lalu terus menunjukkan cincin yang diberikan oleh Qalif.Ibunya tersenyum namun di kelopak matanya ada takungan air mata yang akan gugur tetapi cepat-cepat dia menyekatnya.Ibunya turut gembira kerana tahu Allysya akan menemui kebahagiaan daripada Qalif,namun di sudut hatinya dia turut berasa sedih kerana dia tahu tidak lama lagi anak gadis kesayangannya akan menjadi milik orang lain dan berjauhan dengannya.Apapun ibunya bersyukur kerana Allysya akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Qalif.Lelaki yang pada pandangannya sangat baik dan tidak pernah ada perangai buruk yang ditunjukkan dan di ketahui oleh dia dan suaminya tentang bakal suami anaknya itu.Bapa Allysya turut gembira dan menyuruh Allysya memberitahu Qalif untuk masuk meminangnya.Allysya tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih pada bapa dan ibunya sambil memeluk mereka berdua......ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

Friday, August 07, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 8


Hari ini adalah hari yang mengingatkan Allysya dan Qalif tentang mereka mula-mula menjalinkan hubungan cinta.Genap 3tahun kini mereka bersama.Qalif pergi mengambil Allysya di rumah dan membawa Allysya pergi ke tepi pantai.Cuaca yang redup membuatkan suasana yang cukup romantik.Sedang asyik melihat air laut dan berbual dengan Qalif,Qalif meminta diri untuk mengambil sesuatu di keretanya.Apabila Allysya bertanyakan benda apakah yang Qalif tinggal,Qalif hanya tersenyum.Asyik sungguh Allysya melihat keindahan laut,tiba-tiba pandangannya dilindung dengan sejambak bunga ros di depan matanya bersama sekotak coklat dan sekeping kad.Allysya mengambilnya dan dalam keadaan terkejut Allysya terus mengucapkan terima kasih pada Qalif dan terus membaca kad tersebut.

Allys...

Daripada kawan kita menjadi kekasih.Cintaku padamu tidak pernah

padam dalam hatiku.Setiap masa ku merinduimu.Makin hari kita

makin serasi.Kau tak pernah merungut walau kadangkala ada

kekurangan pada diriku...Aku amat sayang dan cinta padamu..

Hari ini laut menjadi saksi.Ombak menghempas pantai seolah

jiwaku yang meronta ingin memilikimu.Bila ombak kembali ke laut

ia seolah mengingatkanku agar jangan biar kau terlepas dariku....

Bayu dan kicauan burung menemani kita.Awan cerah memayungi

cintaku padamu dan menjadi saksi cintaku padamu.Inginku nak kau

ketahui,diri ini ingin sekali jadikanmu suri hidupku..Adakah

kau sudi..Aku berjanji pada alam yang hanya sementara ini,di tempat

ini,aku takkan persiakanmu,tidak akan berhenti menyintaimu

dan menyayangimu hingga ke akhir hayatku.Sudikah kau Allysya....


Qalif mengeluarkan cincin daripada poket seluarnya.Airmata Allysya mengalir di pipi,terharu dan terkejut dengan semua ini.Allysya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan lamaran ini.Suasana sebak seketika.Qalif menyapu lembut airmata yang masih mengalir di pipi Allysya..ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI...

Thursday, August 06, 2009

ALLYSYA DAN QALIF 7


Kini sedar tidak sedar,dah hampir 3tahun mereka saling berhubung dan berjumpa.Daripada kawan biasa,kini menjadi teman istimewa.Hubungan mereka diketahui kedua-dua orang tua mereka dan mendapat restu daripada kedua-dua pihak.Pekerjaan Qalif sebagai salah seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat produk kecantikan memaksanya selalu ke luar daerah.Kepercayaan dan kesetiaan antara Qalif dan Allysya mengukuhkan lagi ikatan antara mereka.Walaupun kadangkala ada curiga dalam hati Allysya,namun cepat-cepat Allysya memujuk hatinya.Padanya Qalif amat sempurna,bertanggungjawab dan romantis.Paling tidak pun keburukan Qalif padanya hanyalah kerana Qalif seorang yang kuat cemburu.Namun,entah kenapa pada Allysya,walaupun kadangkala cemburu Qalif melampaui batas hingga membawa kepada pergaduhan pada hubungan mereka,namun sikap tanggungjawab dan romantis Qalif menutup segala-galanya.Allysya amat menyayangi Qalif.Qalif cinta pertamanya.Pada Allysya kasih sayang,setia dan kepercayaannya hanya pada Qalif,hinggakan apa yang dilarang oleh Qalif tidak akan dilakukan oleh Allysya.Setiap hari,Qalif tidak akan pernah lupa untuk call dan mesej Allysya.Pernah Allysya terlantar di hospital kerana pembedahan appendik,walaupun ada ibu dan bapanya jaga,namun Qalif tetap menunggu,menjaga Allysya tidak kira siang atau malam di wad.Ini membuatkan Allysya makin cinta dan sayang padanya.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

Saturday, August 01, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 6


Kerana menghabiskan kerja terlalu banyak,lepas maghrib,baru Allysya sampai rumah.Sedang memandu tadi Allysya mendapat mesej daripada Qalif yang bertanyakan tentang keadaannya sama ada ok ataupun tidak ok,namun Allysya tidak sempat membalasnya.Lepas mandi dan tunaikan solat maghrib,Allysya turun menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.Memandangkan mereka hanya dua beradik,adiknya kini di universiti,tinggal Allysyalah untuk menemani ibu dan bapanya.Sedang rancak berbual dan gelak ketawa bersama ibu dan bapanya,Allysya terdengar telefon bimbitnya berdering.Allysya terus pergi mengambilnya di biliknya.Tertera nama Qalif di skrin telefon bimbitnya.Allysya menjawab panggilan itu.Terdengar suara Qalif di talian.''Assalammualaikum Allysya,maaf ganggu.Sedang watper?Sihatker?''''Waalaikumsalam,sihat.Ada per Qalif?''''Allysya sebenarnya aku ada benda nak tanya dan cakapkan pada kau?''''Apa Qalif?Kau ada masalahkah?Cakaplah?''Mula-mula sekali boleh aku panggil kau Allys?''''Boleh,terpulang pada kaulah.Lagipun kita dah lama kenal.''''Allys,boleh tak aku nak tahu,kau dah berpunya atau belum?Maksud aku kau dah ada kekasihkah?Hati kau dah dimiliki oleh seseorangkah?Mungkin kau akan kata aku ni gila atau bodoh.Aku malu untuk bertanya hal ni,tetapi aku kawan-kawan aku cakap aku dah angau.Aku akui aku memang minat pada kau dari sekolah lagi tetapi aku tak berani luahkan sebab aku tahu tugas kita masa itu adalah untuk timba ilmu.Lepas jumpa kau di reunion hari itu aku yakin tak nak terlepas lagi.Lagipun kawan-kawan aku cakap baik cuba sebelum aku terlepas dan menyesal.Kalau kau dah ada orang lain tak apalah.Aku boleh terima dan kita tetap kawan.''''Luculah kau ni Qalif,boleh buat jenaka malam-malam macam ni.Dah tu bab ni pula.''Allysya ketawa,kemudian dengar Qalif bercakap lagi.''Tidak Allys,sejak aku jumpa kau dari reunion tempuhari,aku berjanji pada diri aku sendiri,selagi kau tidak dimiliki oleh sesiapa atau kahwin dengan sesiapa,aku tetap dan terus akan memikat kau.Kebetulan aku dapat nombor telefon kau.Apa jawapan kau Allys?''''Entahlah Qalif,sejujurnya hati aku tidak pernah dimiliki oleh sesiapa,hanya keluarga aku sahaja.Buat masa ini,aku rasa eloklah kita berkawan dulu.Aku tak janji apa-apa.Kalau ada jodoh,kadang-kadang hubungan sebagai kawan pun akan jadi.''''Terima kasih Allys.K lah,terima kasih kau tak marah aku sebab aku jadi bodoh sikit kejap tadi.Assalammualaikum.''Qalif terus memutuskan talian.Allysya termenung di kamarnya sambil tersenyum.Sejak dari itu,Qalif sering menghubungi dan mesej kepada Allysya.Hubungan mereka semakin rapat..ADAKAH ANDA AKAN IKUTI LAGI CERITA INI...