Tuesday, July 28, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 5


Sampai di tempat kerja,Allysya terus memulakan kerja.Oleh kerana kerja terlalu banyak,dia tidak sedar masa yang sedang berlalu.Tiba-tiba mesej dari telefon bimbitnya bunyi.Tertera di skrin telefon bimbitnya mesej itu adalah daripada Qalif.Allysya terus membacanya,''Slm Allys,jam dah 1,30 skrg,awk dh solat dn mkn tengaharikh?Jgn asyik wt keja saja.''Allysya terus mendongak melihat jam di dinding pejabatnya.Jam menunjukkan 1.35 tengahari.Dia tidak sedar yang masa berlalu begitu cepat,kawan-kawan sepejabatnya keluar pun dia tidak perasan.Allysya tidak membalas mesej Qalif,selepas Allysya tutup komputer,Allysya terus bangun dan menuju ke kedai makan yang berhampiran tempat kerjanya untuk makan tengahari.Selesai makan, Allysya terus naik ke pejabatnya untuk solat dan kembali memulakan kerja.Entah kenapa,sedang buat kerja,tiba-tiba Allysya terfikirkan tentang Qalif.Tidak tahu kenapa...Allysya tersenyum sendirian..Tiba-tiba kawan sepejabat Allysya memanggilnya,dengan terpinga-pinga Allysya kembali memulakan kerja.Terdengar usikan dan ketawa daripada kawan-kawannya...Allysya tersenyum sendirian sambil buat kerja....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI....

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 4


Tepat jam 6.25 pagi,Allysya terjaga daripada tidurnya apabila jam yang dikunci berbunyi.Allysya bangun segarkan diri dan solat subuh.Selesai solat subuh,Allysya terus bangun untuk ke dapur bagi menyediakan sarapan pagi.Belum sempat Allysya mengambil roti untuk bakar,terdengar mesej dari telefon bimbitnya.Daripada Qalif,''Salam Allysya,dah bangun ke?Bangun,bangun,jangan buat peta banyak-banyak di bantal tu.Cepat bangun,solat subuh.''Allysya tersenyum dan terfikir,awal juga Qalif bangun,lalu terus membalasnya,''Wkslm,dah bangun pun,dah solat pun.Skrg nk wat sarapn,jp lg nk g keja.Trm ksh ingtkn aku ttg solat.''Belum sempat Allysya letak telefon bimbitnya ada mesej dari Qalif lagi,''Tak apa Allysya,aku kan sahabat sejati kau,(wakaka)nnt g keja hati2 tau,Jaga dri baik2.Salam..''Allysya tersenyum dan terus menaip mesej kembali kepada Qalif,''Trm kasih krn ambl brat psl aku.Kau jg sama,jaga dri baik2.Wkslm...

CINTA!!!CINTA!!!CINTA!!!


''Perkataan cinta itu,kadangkala membuat kita tercari-cari apa itu cinta,adakah betul ini semua.....

CINTA,CINTA,CINTA...

Dari sahabat mampu bertukar jadi cinta...

Dari adik angkat,abang angkat mampu jadi cinta...

Dari adik angkat,kakak angkat mampu jadi cinta...

Dari suara mampu jatuh cinta..

Dari pandangan mampu jatuh cinta...

Dari sms mampu jatuh cinta....

Dari budi mampu jatuh cinta...

Dari keluarga mampu temukan cinta...

Dari kebetulan juga mampu timbulkan bibit-bibit cinta...

CINTA..

Menuntut keikhlasan...

Menuntut kesetiaan...

Menuntut kasih sayang...

Menuntut kepercayaan...

Menuntut untuk kita saling percaya...

CINTA...

Mampu membuat dunia dan kehidupan harian kita indah....

Mampu membuat diri kita jadi kuat dan berani...

Mampu membuat kita bangga...

Mampu menjadikan yang tak elok nampak elok...

Mampu membuat kita sanggup buat apa saja...

Mampu buat kita rasa dihargai...

Mampu buat kita rasa cepat saja nak kahwin,,ish,ish,ish...

Mampu buat kita berkata hanya dia di hati dan satu-satunya

yang kita cintai...

CINTA...

Kadangkala memakan diri...

Kadangkala terluka jiwa dan hati...

Kadangkala buat kita gila...

Kadangkala terlupa pada kedua orang tua dan ibu bapa...

Kadangkala kita terlanjur kerana ingin buktikan kata kita cinta,,ish..

Kadangkala membuat kita serik untuk mengenali lelaki...

APAPUN...JANGANLAH KITA TERLALU LALAI KERANA CINTA,JODOH KITA ALLAH S.W.T YANG TENTUKAN..NAMUN SEDALAM MANA PUN CINTA KITA PADA SESEORANG,JANGAN ABAIKAN CINTA KITA PADA YANG MAHA ESA...


Monday, July 27, 2009

SAMBUNGAN QALIF DAN ALLYSYA 3




Allysya baru ingin melelapkan mata di kamarnya,tiba-tiba terdengar nada mesej masuk di telefon bimbitnya.Allysya terus bangun dan membukanya.Allysya bertambah pelik,sedang baca mesej di situ terfikir di benaknya nombor yang tertera di skrin telefonnya tidak pernah ada dalam simpanannya.Lebih menghairankan apabila orang yang menghantar mesej itu mengenalinya.''Slm Allysya,stlh 5 tahun kta x jmpa,kau masih x berubah seprti dulu.Kau tetp cntik malh brtmbh ayu.Slmt mlm.''Sedang Allysya masih lagi melihat telefon bimbitnya,terpapar di skrin telefon bimbitnya ada panggilan masuk.Nombor yang tertera juga adalah nombor yang sama tercatat dari mesej tadi.Allysya terus menjawabnya,''Assalammualaikum,boleh saya tahu siapa di sana?''Pertanyaan Allysya di balas,''Waalaikummussalam,tekalah kalau awak masih ingat dan rindu saya.'' Terdengar suara lelaki di hujung talian menjawab salam yang diberi oleh Allysya tadi.Allysya cuba mencari siapa lelaki yang mesej dan telefonnya,kerana Allysya seolah-olah pernah dengar suara itu.Tiba-tiba Allysya terdengar suara pemanggil itu dan mengejutkannya daripada termenung mencari siapa yang menelefonnya.''Allysya,kenapa kau diam,aku ni Qalif.''Allysya terus ketawa,patut dia rasa dia pernah dengar suara itu.Bermacam topik mereka bualkan.Sedar tidak sedar,jam di dinding biliknya dah menunjukkan jam 2 pagi.Esok Allysya akan kerja,Allysya terus meminta maaf pada Qalif dan minta Qalif dapat telefonnya pada esok hari ataumasa lain kerana dia perlu kerja esok dan tidur awal.Qalif memahami,meminta maaf pada Allysya dan terus memutuskan talian........ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.....

Tuesday, July 21, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 2


Masih lagi Allysya ingat semasa reunion untuk rakan-rakan dan bekas gurunya dari kelas 5 sains 1,hampir 5 tahun yang lalu.Allysya amat gembira dapat jumpa rakan-rakan lamanya.Ada antara mereka yang dah bertunang,berkahwin,ada yang masih mengejar ilmu dan ada juga yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.Sedang Allysya asyik berbual dengan rakan-rakannya,Qalif datang dan duduk di sebelah Allysya.Qalif masih tidak berubah seperti dulu,masih dengan sifat pengusiknya.Allysya rasa tidak selesa dengan kehadiran Qalif di sisinya,apatah lagi diperhatikan oleh bekas-bakas gurunya.Allysya bangun dan duduk di tempat lain.Walaupun antara mereka rapat sejak di bangku sekolah kerana Qalif sering mengusiknya di dalam kelas,tapi baginya dia tidak selesa apabila Qalif berada disebelahnya. Entah kenapa...
Sewaktu hendak pulang dari majlis reunion,Iman menghampiri Allysya dan Syaza, ''Allysya,aku ni sedang cari kerja,tapi duduk tak duduk dah dapat kerja.Baru kejap tadi.'' Allysya ketawa dan terus ucapkan tahniah pada Iman.''Tahniahlah Iman,kerana kau dah dapat kerja,tapi kerja apa?''Iman terus menjawab pertanyaan Allysya tadi dengan lawak bodohnya.''Kerja ni tak ada gaji hanya hati budi.''Allysya dan Syaza terus terdiam,Syaza terus berkata pada Iman.''Kau jangan main-main,aku dan Allysya dah nak balik ni.''Iman buat muka pada Syaza,Syaza terus menarik telinga Iman.Allysya ketawa melihat gelagat mereka itu.
Tiba-tiba Iman keluarkan telefon bimbitnya dengan wajah selambanya terus berkata pada Allysya.''Allysya,boleh tak kau bagi nombor telefon bimbit kau sebab Qalif nak nombor kau.Bukan apa,kita dah lama kenal lepas ni tak tahu bila lagi kita akan jumpa macam ni.Ini pun dah 5 tahun kita baru berjumpa kembali,kau juga Syaza.''Allysya tersenyum dan terus berkata kepada Iman,''ooooohh....Ini kerja baru yang kau dapat,posmen tidak rasmi rupanya.''Mereka bertiga terus ketawa sambil diperhatikan oleh Qalif yang sedang menunggu Iman di keretanya.Setelah beri nombor telefon kepada Iman,Allysya dan Syaza terus berlalu dari situ untuk pulang ke rumah.....ADAKAH ANDA AKAN IKUTI CERITA INI LAGI.........

Monday, July 20, 2009

LOVE

OUR LOVE IS LIKE A ROSE,

PLENTLY OF MOMENTS SOFT AS PEDALS,

SOME MOMENTS AS SHARP AS THORNS,

BUT THE DIFFERENCE BETWEEN THEM,

IS THAT OUR LOVE WILL NEVER WILT OR DIE....

Saturday, July 18, 2009

SAMBUNGAN ALLYSYA DAN QALIF 1

Hari ini merupakan hari minggu,oleh kerana tidak bekerja,selepas solat subuh,Allysya terus keluar berjoging dengan teman baiknya Syaza.Dalam sedar tidak sedar hampir 45 minit dah berlalu mereka berjoging.Allysya dan Syaza berhenti berehat.Sedang rancak berbual,tiba-tiba Syaza mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna biru dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada Allysya.Allysya terus mengambil dan ingin membukanya,tetapi di halang oleh Syaza.Allysya terkejut dan terus memandang Syaza,Syaza senyum dan terus berbisik di telinga Allysya,''aku nak kau buka sampul ini di rumah''.Allysya terus anggukkan kepalanya dan menghormati permintaan Syaza,lalu mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Selepas selesai mandi,Allysya duduk di atas kamarnya sambil memegang telefon bimbitnya,tiba-tiba Allysya terpandang sampul surat yang di berikan oleh Syaza tadi.Allysya terus membukanya.Allysya tersenyum,kad yang diberi oleh Syaza adalah kad undangan perkahwinannya.Allysya ketawa sendirian,teringat semasa mereka di sekolah,Allysya selalu di usik oleh rakan-rakan baiknya bahawa dia akan kahwin dulu antara mereka.Tiba-tiba airmata Allysya bergenang,memang benar usikan rakan-rakannya tetapi hubungannya dengan Qalif hanya sekadar mampu mengikat tali........Airmatanya membasahi pipi,kenangan demi kenangan mula datang...Adakah anda akan ikuti cerita ini lagi......................

Friday, July 17, 2009

CINTA PERTAMA

Dingin bayu menyapa tubuhku di kala subuh mula menjelma,teramat sejuk ku rasakan...Ku terjaga,ku tunaikan tanggungjawabku kepadaMU Ilahi..Terima kasih Allah,kau hantarkan bayu untuk kejutkanku,agar hambamu tidak alpa dan terlepas untuk sujud padaMu...


Sang suria mula memancarkan cahayanya,kerja seharian untuk mencari rezeki harus di mulakan..Dalam kepanasan kita bekerja di bawah sang suria ciptaanNya,muncul titik peluh di badan kita,kita bukan bersyukur kerana peluh itu menyihatkan kita tetapi kita marah padaNya kerana panas.Kita juga kadangkala alpa,peluh yang keluar itu mampu menyedarkan kita betapa teruknya kita kerja untuk mencari rezeki dan seharusnya kita tidak sia-siakan rezeki kita itu ke jalan yang tidak diredhai olehNya..Terima kasih Allah,Kau terangkan bumi ini untuk kami mencari rezeki....

Redup senja melabuhkan tirainya,kaki langit kelihatan kemerah-merahan,matahari mula terbenam.Kicauan burung yang berterbangan kedengaran menemani keredupan senja,syahdu ku rasa...


Kini ku dalam kegelapan,malam kembali menjelma....Namun,ku melihat keindahan lagi,diriku tidak sunyi,cengkerik malam menemaniku,cahaya bulan dan bintang jua turut menemaniku...
- Syukur,mata ini masih lagi terang dan dapat melihat..
-Telingaku juga masih mampu mendengar...
-Tanganku masih boleh bergerak menunjukkan keindahan itu...
-Kakiku juga mampu berjalan melihat keindahan itu...
-Bibirku juga mampu bercakap dan bersyukur padaMu...
Namun sebagai insan yang dicipta olehNya dan hanya menumpang di bumi sementara ini,cukupkah dengan hanya mengucapkan syukur dan terima kasih pada Dia Yang Maha Esa....Sedarkah kita dengan kemewahan,keindahan duniawi kini,kita semakin alpa akan tanggungjawab pada Dia Yang Maha Esa....
-Kita lalai kerana kerja...
-Kita alpa kerana wanita dan keindahan duniawi...
-Kita tamak kerana wang...
-Kita angkuh kerana kemewahan...
-Kita tidak putus asa mengejar ilmu,tapi kita lupa manfaatkan ilmu itu...
-Kita belajar agama tapi kita tidak mengamalkannya...
Tapi kita lupa,sebelum kita dapat apa yang kita ada kini,kita memohon padaNya dan ALLAH S.W.T. tak pernah menghampakan kita...ALLAH S.W.T. beri kita apa yang kita mohonkan,namun bila kita kecapi dan dapat kita lupa, pada siapa yang pernah kita memohon dan meminta,sujud kita padaNya jua makin tidak di pedulikan...
Namun...Tapi...Sebaliknya...Kita tidak sedar,kadang kala bila semua apa yang kita hajati dan dapat kita kecapi akan menjadi ujian buat kita...
Kita makin jauh lupakan Dia yang pernah kita minta dan mohon,sedangkan Dia sentiasa memerhatikan kita.Bila kita semakin alpa dan lalai ujianNya akan datang...
Apakah perasaan kita pada ketika itu..?Adakah baru kita nak mula bersujud dan memohon padaNya,merayu,menangis tanpa kita sedari apa yang kita telah lakukan selama ini...Setelah kecewa dan jatuh baru kita teringat padaNya,itukah kita...?????????? Itukah kita...?????????
......Janganlah alpa dengan apa yang kita ada kerana ujian dariNya pasti akan datang.Apa sahaja yang ada,terjadi adalah dariNya.Apapun yang kita buat dan lakukan,sematkanlah Dia Yang Maha Kuasa sebagai cinta yang pertama dalam hati kita dan sentiasa ingatiNya walau dimana dan kemana kita pergi......

Wednesday, July 08, 2009

ASYIKNYA....


BICARA HATI.....


Terpaku seketika....
Kenangan di depan mata...
Sayu wajahku mula tergambar..
Seakan-akan terlihat bayang kita...

Kenangan demi kenangan menjelma...
Alangkah rasa bahagia..
Kicauan burung menjadi teman setia..
Bersama dingin bayu yang menyapa...

Disini kita berjanji...
Kau ucap alam menjadi saksi..
Namun kusedar kata-kata mu...
Semuanya hanya dusta kini...

Kadang kala diri ini tagih janji-janji mu...
Walau diriku tahu kau telah tinggalkan ku...
Namun hati ingin sekali mengecap bahagia...
Walau ku sedar ku ditinggalkan hati terluka...

Ingin sekali ku merayu untuk bersama mu lagi...
Apakan daya,ku harus terima kau telah dimiliki...
Airmata menangisi apa yang terjadi...
Namun ku tahu kau takkan kembali padaku...

Kutabah,kuterima suratanNYA...
Semuanya takdir yang MAHA ESA...
Namun ku nak kau tahu..
Disebalik airmataku,terselit doa....
KEBAHAGIAAN BUATMU..........................

.....KISAH KITA.....


......Pertemuan pertama kita hanya bermula dengan senyuman,tidak banyak berbicara hanya pertanyaan-pertanyaan biasa dan diikuti dengan saling menukar nombor telefon.Dengan teknologi yang semakin canggih,telefon bimbit menjadi penghubung antara kita.Bermula daripada kawan biasa,kini hubungan kita menjadi serius dan saling meluahkan kata-kata cinta.Kita berdua saling berjanji,akan sehidup semati,sumpah setia antara kita,saling percaya hingga membuatkan hubungan tugu cinta kita semakin kukuh.Tidak sedetik pun engkau pernah mengabaikan diri ini,membuatkan aku amat sayang padamu,hinggakan tiada insan lain yang bernama lelaki akanku rapati demi menjaga perhubungan suci kita..

....Entah mengapa,tugu cinta yang dibina antara kita mulai runtuh,janji yang terpatri antara kita juga semakin berlalu pergi..Aku tidak mengerti dan pasti,salah siapakah dalam soal ini, adakah kerana diriku,dirimu ataupun kerana orang ketiga..Kerana teramat sayang dan cinta,hatiku amat merasai apabila dirimu makin jauh dariku.Aku sedar tugu cinta ini makin jatuh dan tidak mungkin akan bercantum lagi...



Adakah salah diri ini?

Adakah salah engkau?

Tiada kejujuran dan kesetiaan lagikah

darimu untukku?

Atau,atau,atau,adakah kerana orang ketiga yang

telah mengisi ruang hatimu,bagi mengusir

diriku ini....
Kini ku terluka,hubungan kita tidak dapat diteruskan lagi,ku harus terima demi kebahagiaanmu.Walau airmata menangisi,mengenang apa yang terjadi,ku harus redha yang hati ini kembali sepi....

......Namun ku takkan mengalah,padaku,ini dugaan terhebat untuk perasaan dan hati ini.Aku harus bersyukur,apa yang terjadi,mungkin suratan Ilahi dan kerana Yang Maha KUASA sayangkan diriku,telah dia catatkan yang kenangan pahit ini tidak berlaku sebelum aku dan dia melayari bahtera rumahtangga,kalau tidak pasti diri ini akan lebih merana,walaupun aku tidak mengerti dan masih tercari-cari adakah keruntuhan tugu cinta ini adalah kerana aku,dirimu ataupun kerana orang ketiga.Allah masih sayangkan diriku kerana telah bagi petunjuk padaku lebih awal yang ternyata bahawa diriku dan dirimu tidak mungkin dapat hidup bersama..Aku pasti Allah dah sediakan seorang insan yang lebih sesuai dan akan serasi denganku untuk melayari kehidupan duniawi..Aku menunggu....
PADAMU,INSAN YANG PERNAH MENDIAMI RUANG HATIKU,AKU NAK ENGKAU KETAHUI,DALAM DOA KUDUSKU,TIDAK PERNAH KULUPA DOAKAN DIRIMU BERSAMA TITISAN AIRMATA YANG IKHLAS DARI HATI NURANIKU DEMI KEBAHAGIAAN DIRIMU WALAU DI MANA KAU BERADA...........

Tuesday, July 07, 2009

MALAM YANG DINGIN....






Malam ini,sedang ku termenung keseorangan,aku mensyukuri melihat alam ciptaan Tuhan,bulan dan bintang yang menerangkan langit malam dan bayu yang lembut bertiup seolah menyapa tubuhku,sungguh mendamaikan jiwa,Alhamdullillah,betapa besarnya ciptaan Tuhan...

Tiba-tiba langit menjadi gelap,tiada lagi bulan dan bintang.Bayu yang tadinya dingin mula menjadi ganas,membuat tubuhku terasa amat sejuk..Emosiku mula terganggu,perasaan sunyi menyelubungi diri ini.Terasa diri ini amat sepi,terkenang insan yang amat ku sayangi,yang pernah bertakhta di hati ini.Memori-memori kenangan mula bermain di ruang mata,saat bahagia kita berdua,gurau senda,gelak tawa,berkasih sayang,kebahagiaan yang kita bina,hancur berkecai kini,kau telah pergi dan tinggalkan aku untuk menjadi seorang perindu yang sepi...

Airmata mengalir membasahi pipi tanpa di sedari,titisan hujan juga mula menitis membasahi bumi,seolah memahami dan menemani diriku ini,sedih rasanya bila janji yang terpatri ntuk membina mahligai cinta tidak tergapai oleh diri ini.Titisan hujan makin lebat,airmataku jua semakin deras membasahi pipi,terasa amat pilu..Bukan mudah untukku menerima seorang lelaki yang bergelar kekasih bagi mengisi ruang hatiku ini,tp kini setelah aku curahkan segala kasih sayang,kejujuran dan kepercayaan kepadamu,semuanya tidak bernilai bagimu dan kau tinggalkan diriku tanpa sebarang alasan yang dapat membuat hatiku menerima perpisahan ini,sedangkan sayangku padamu masih ada walau terasa sedikit terluka kerana kau mencurangi kesetiaanku..
......Hati yang terluka ini bukan mudah untuk diubati,sukar untuk ku usir,namun harus ku terimanya dengan redha.Mungkin antara kita tiada jodoh,kau bukan milikku..
......Airmataku dah kering menangisi kengan pahit itu,tiada gunanya lagi....KINI......cinta dan ketenanganku yang ku temui hanya dengan bersujud padaMU ILAHI....
...Airmataku dah berhenti mengalir,hujan pun dah kembali menjadi titisan,aku akan usirkan apa yang terjadi sebelum ini jauh-jauh,jadikan ia satu memori yang mengajarku tentang salah satu kekecewaan dalam percintaan...Aku tersenyum...Terima kasih YA ALLAH,kerana di kala aku sedih dan kesunyian,Kau seolah-olah memahami dan menghantar hujan ciptaanMu untuk menemaniku...Walaupun aku masih sepi,namun aku bahagia di bawah RahmatMu......Aku bersyukur.........

Monday, July 06, 2009

QALIF DAN ALLYSYA


Perkenalan antara Allysya dan Qalif bermula dari zaman persekolahan lagi,diikuti dengan rakan-rakan karib mereka yang lain Isya,Ija,Syaza,Iman,Adam dan Hailkal.Pelbagai suka duka terjadi antara mereka namun silaturrahim antara mereka menjadi ikatan yang kukuh seperti keluarga kandung mereka sendiri,hinggalah kini walaupun mereka dah tamat alam persekolahan dan membawa haluan masing-masing,namun mereka tetap berhubung dan perhubungan mereka semakin akrab,hinggakan ada antara mereka timbulnya bibit percintaan dan bermulanya satu cerita yang penuh suka duka,kebahagiaan,tangisan dan....................ADAKAH ANDA AKAN IKUTI KISAH INI LAGI?????????

CINTA PERSEKOLAHAN...

......Cinta zaman persekolahan dikatakan umpama cinta mainan,kadangkala ia akan merosakkan,melalaikan dan memesongkan kita sehinggakan kita tidak kenal apa itu ilmu,agama,kata-kata hikmat ibu,ayah,guru dan juga batas-batas agama,akhirnya akan memakan diri,memusnahkan impian.....Namun,cinta zaman persekolahan adakalanya membuatkan kita mampu mengapai impian yang tinggi menggunung,bersama memimpin persepakatan,berjuang bersama dengan berlandaskan batas-batas iman,saling memberi sokongan,teguhkan hati mengenang jasa,membalas budi ibu dan ayah,tidak berlandaskan nafsu,teguhkan iman bersama kasih sayang yang utuh antara pasangan dan mampu mencipta sejarah,membuktikan pasangan cinta alam persekolahan mampu mengapai impian demi keluarga,negara, bangsa dan agama......

SEJENAK RENUNGAN.....


"""KITA TIDAK AKAN MENYEDARI DAN TAHU MENGHARGAI INSAN KESAYANGAN YANG ADA DI SISI KITA SELAGI KITA TIDAK KEHILANGAN MEREKA'''''''''
****HIDUP UMPAMA DAUN LALANG,KADANGKALA DI TIUP ANGIN DUGAAN KE KIRI DAN KE KANAN, ADAKALANYA BERDIRI TEGUH,NAMUN TIDAK SEMUA YANG ABADI AKHIRNYA KITA AKAN KEMBALI PADA AZALI..DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN PASTI ADA DUGAAN,JIWA PASTI TERTEKAN,KEINDAHAN DUNIAWI MENGUJI KEIMANAN,NAMUN HARUS KITA SEDARI,KEIMANAN,KESABARAN,KETABAHAN ADALAH TUNJANG DALAM MENEMPUH LIKU-LIKU KEHIDUPAN SEBAGAI KHALIFAH YANG HANYA MENUMPANG DI BUMI PINJAMAN INI****

Sunday, July 05, 2009

KESEPIAN...


...KADANGKALA,TANPA KITA SEDARI WALAU ADA RAMAI ORANG DI SISI KITA,ORANG YANG DI CINTAI,SUAMI,ISTERI,KELUARGA,
ANAK-ANAK NAMUN KITA TETAP SEPI..
ADAKAH KESEPIAN TIDAK PERNAH HILANG DAN IA AKAN TETAP SEBATI DALAM HIDUP KITA...BAGAIMANA HARUS KU USIRKAN KESEPIAN DARI KEHIDUPAN INI...
....NAMUN,SEPI DAN KESEPIAN KADANGKALA BUAT HIDUP INI TERLALU INDAH BILA KITA TAHU MENGHAYATINYA DENGAN MENJADIKAN ALAM MAYA CIPTAAN TUHAN SEBAGAI PENEMAN SEPI DAN SUNYI..SEDANG KESEPIAN KADANGKALA KITA DISAPA BAYU YANG SEJUK,OMBAK YANG MENGHEMPAS PANTAI,MEMBAWA KESEPIAN DAN HUJAN YANH AMAT MENTETERAMKAN JIWA...SEPI ITU INDAH...........

KENANGAN,CINTA DAN KEHIDUPAN


Kadangkala Tuhan sembunyikan cahaya matahari daripada kita dengan menghantar KILAT dan PETIR dalam menguji kehidupan DUNIAWI. Kita menangis untuk mencari SINAR matahari yang disembunyikan itu,namun akhirnya Tuhan hadiahkan kita sinaran cahaya PELANGI yang indah....

BICARA HATI
















BICARA HATI....
Terpaku ku seketika....
Kenangan di depan mata...
Sayu wajahku mula tergambar..
Seakan-akan terlihat bayang kita...
Kenangan demi kenangan menjelma...
Alangkah rasa bahagia..
Kicauan burung menjadi teman setia..
Bersama dingin bayu yang menyapa...
Disini kita berjanji...
Kau ucap alam menjadi saksi..
Namun kusedar kata-kata mu...
Semuanya hanya dusta kini...
Kadang kala diri ini tagih janji-janji mu...
Walau diriku tahu kau telah tinggalkan ku...
Namun hati ingin sekali mengecap bahagia...
Walau ku sedar ku ditinggalkan hati terluka...
Ingin sekali ku merayu untuk bersama mu lagi...
Apakan daya,ku harus terima kau telah dimiliki...
Airmata menangisi apa yang terjadi...
Namun ku tahu kau takkan kembali padaku...
Kutabah,kuterima suratanNYA...
Semuanya takdir yang MAHA ESA...
Namun ku nak kau tahu..Disebalik airmataku,terselit doa....
KEBAHAGIAAN BUATMU............................